AKTIVITI 1
PELAJAR BERPRESTASI TINGGI
- Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 atau 5 orang ahli.
- Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan alatan yang telah disediakan seperti bekas tinggi (B1), bekas rendah (B2) dan lima biji gelas (G1, G2, G3, G4, G5).
- Guru membuat perbincangan dengan murid ciri-ciri bekas yang diberikan terlebih dahulu. Sama ada bekas yang mana lebih tinggi atau bekas yang mana sama besar dan bekas manakah yang lebih rendah. Ini dapat membantu murid mengenal pasti ciri-ciri bekas yang akan digunakan.
- Guru mengisi air ke dalam bekas B1 dan bekas B2 dengan kandungan isipadu yang sama, seperti yang ditunjukkan dan meminta murid membuat perbandingan kandungan isipadu air dalam bekas B1 dan B2.
- Murid diminta menuang air dari bekas B1 ke dalam setiap gelas dan merekod bilangan gelas yang dipenuhi air.
- Murid mengulangi aktiviti tersebut dengan menuang air dari bekas B2 dan merekod bilangan gelas yang dipenuhi air.
JENIS BEKAS | BILANGAN GELAS (UNIT BUKAN PIAWAI) |
BEKAS B1 | |
BEKAS B2 |
- Murid mengisi kembali air dalam gelas ke dalam bekas B1 dan B2 semula dan membuat pemerhatian.
- Guru bersoal jawab dengan murid mengenai isipadu air yang terdapat dalam bekas B1 dan B2 dan membimbing membuat kesimpulan isipadu cecair dalam bekas B1 dan bekas B2 dan dikaitkan dengan ciri bekas yang digunakan.
- Murid diminta menyukat air dalam bekas B1 dan B2 dengan menggunakan unit standard menggunakan silinder penyukat unit liter.
JENIS BEKAS | LITER - l (UNIT PIAWAI) |
BEKAS B1 | l |
BEKAS B2 | l |
- Murid diminta membuat kesimpulan isipadu cecair dalam bekas B1 dan bekas B2 dan mengaitkan dengan ciri bekas.
- Guru menunjukkan kepada kelas bekas B1 dan B2 yang berisi air yang sama banyak dan meminta murid membuat perbandingan tentang isipadu air dalam bekas B1 dan B2.
- Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 atau 5 orang ahli.
- Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan alatan yang telah disediakan seperti bekas tinggi (B1), bekas rendah (B2) dan lima biji gelas (G1, G2, G3, G4, G5).
- Guru membuat perbincangan dengan murid ciri-ciri bekas yang diberikan terlebih dahulu. Sama ada bekas yang mana lebih tinggi atau bekas yang mana sama besar dan bekas manakah yang lebih rendah. Ini dapat membantu murid mengenal pasti ciri-ciri bekas yang akan digunakan.
- Murid diminta mengisi air kedalam 5 biji gelas, G1, G2, G3, G4 dan G5 seperti yang ditunjukkan;
- Murid menuang air dari setiap gelas G1, G2, G3, G4 dan G5 kedalam bekas B1 dan B2 masing-masing.
- Murid merekod bilangan gelas air yang dimasukkan kedalam bekas B1 dan bekas B2.
JENIS BEKAS | BILANGAN GELAS (UNIT BUKAN PIAWAI) |
BEKAS B1 | |
BEKAS B2 |
- Guru bersoal jawab dengan murid mengenai isipadu air yang terdapat dalam bekas B1 dan B2 tersebut dan membimbing membuat kesimpulan isipadu cecair dalam bekas B1 dan bekas B2 dan dikaitkan dengan ciri bekas yang digunakan.
- Guru memberi aktiviti pengukuhan kefahaman konsep kepada murid.
- Murid diberi 20 bongkah kayu yang sama saiz kepada murid.
- Murid diminta menyusun 10 bongkah kayu secara menegak dan di labelkan A dan B.
- Guru bertanya kepada murid bilangan bongkah kayu A dan bilangan bongkah kayu B. ( cadangan jawapan murid : bilangan bongkah kayu adalah sama)
- Murid diminta mengubah cara penyusunan bongkah kayu B kepada 2 baris secara menegak iaitu satu baris terdiri dari 5 bongkah kayu.
- Murid membuat perbandingan ketinggian penyusunan bongkah kayu A dan bongkah kayu B seterusnya diminta membilang kuantiti bongkah kayu A dan bongkah kayu B. (cadangan jawapan murid : kuantiti bongkah kayu A sama dengan kuantiti bongkah kayu B)
- Murid dibimbing untuk membuat kesimpulan bahawa ketinggian tidak mempengaruhi kuantiti dan mengaitkan dengan isipadu cecair dalam bekas tinggi dengan bekas rendah sebagaimana aktiviti yang terdahulu.
Integrated Curriculum For Primary School Mathematics Year Two. Pusat Perkembangan Kurikulum: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Khor Li San & S. M. Cho (2006), New Total Assessment, Year 2 KBSR, Petaling Jaya, Sasbadi Sdn. Bhd
Lee Tak Sing. (2009). Mathematics Year 2 - Textbook Part 2. Kuala Lumpur: Hypersurf Corporation Sdn. Bhd.
Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat (2010), HBMT2103 Teaching Mathematics In Year Two. Meteor Doc. Sdn Bhd, Selangor Darul Ehsan.
PPK (1982).Buku Panduan Khas: Program Pengayaan. KPM