PENGENALAN

        Pelajar sering kali membuat perbandingan ketinggian dan bukan kapasiti sesuatu cecair di dalam sesebuah bekas. Salah konsep mengenai kapasiti ini sering kali timbul dikalangan pelajar semasa mengajar isipadu cecair terutama sekali apabila membuat perbandingan antara dua bekas yang berbeza saiz dan berbeza ketinggian. Isipadu cecair merupakan salah satu topik di dalam mata pelajaran Matematik Tahun Dua. Dalam topik ini pelajar akan belajar mengenai kapasiti penuh, setengah dan kosong. Pelajar juga akan mempelajari mengukur dan membanding kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Selain daripada itu, pelajar juga akan mempelajari kemahiran menyukat isipadu cecair menggunakan unit yang tidak piawai dan unit piawai seperti liter dan milliliter.

      Untuk mengajar topik isipadu cecair dengan berkesan, kita perlu tahu beberapa aspek mengenai ukuran atau sukatan cecair ini. Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan ‘non standard units’ iaitu unit bukan piawai (lebih atau kurang) dan ‘standard unit’ iaitu unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik. Penyiasatan jumlah cecair yang boleh mengisi bekas yang berlainan bentuk dan saiz.  Untuk menerangkan konsep isi padu ini dengan lebih jelas kita boleh menggunakan unit sebarangan seperti menggunakan cawan, botol minuman, mangkuk, gelas dan sebagainya sebagai alat penyukat untuk menyukat cecair di dalam sesuatu bekas.

       Sebagai seorang guru matematik yang berkesan, kita perlu arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat membantu pelajar memahami konsep yang telah dipelajari dengan berkesan dan menguasai kemahiran di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru juga akan dapat membantu pelajar untuk memahami konsep yang telah dipelajari kerana pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep disamping penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah. Oleh itu, guru matematik juga perlu kreatif dan  inovatif terutamanya dalam merancang proses pengajaran. Guru perlu lebih berhati-hati dan dapat mengenal pasti mengenai kesilapan konsep pada sesetengah kanak-kanak yang melihat kandungannya. 

       Ramai kanak-kanak yang datang ke sekolah telah tahu serba sedikit mengenai ukuran panjang dan perkataan sama dengan. Dalam membuat perbandingan antara dua kapasiti contohnya, biasanya pelajar  akan membuat perbandingan antara dua bekas dan membuat kesilapan dengan menganggap bekas yang lebih tinggi adalah lebih banyak berbanding dengan bekas yang rendah walaupun kandungan cecair atau kapasitinya adalah sama. Untuk membetulkan salah konsep ini pelajar perlu dibantu dengan beberapa langkah yang telah ditetapkan iaitu mengenal pasti kedudukan asal isipadu cecair dan membuat perbandingan isipadu cecair sama ada penuh, kosong atau separuh. Mengenal pasti alatan yang digunakan untuk menyukat isipadu cecair tanpa unit standard dan menyukat isipadu cecair dengan menggunakan non standard ukuran. Seterusnya memperkenalkan ukuran standard untuk isipadu cecair dan mengukur dengan menggunakan ukuran standard iaitu dalam liter dan milliliter.